Wednesday, February 17, 2010

Melayu Jenis Apa Pecat Melayu Sebelum Raya?

Siapa yang akan berjuang untuk UMNO Selangor kalau orang yang begitu lama berkorban kepada UMNO pun dipecat semacam anjing oleh Noh Omar (NO)?

Alkisah lepas sahaja dilantik Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, NO tidak sempat-sempat membuat beberapa rombakan. Paling ketara ialah pemecatan Kolonel (B) Alias dan dua pembantu yang menjaga kem UMNO Selangor yang dinamakan Institut Budaya Baru Melayu (IBBM) beberapa hari sebelum hari raya puasa yang lepas.

Selama bertahun Kolonel (B) Alias duduk bersama anak bini dan dua lagi pembantu serta keluarga mereka dalam hutan di Hulu Kemensah menjaga kem tersebut akhirnya diberi notis berhenti tiga minggu sebelum raya puasa yang lalu.

"Dia buat saya macam anjing. Pecat dengan hanya bagi surat tanpa sebarang penjelasan. Kita orang Melayu, orang Islam, apa salahnya panggil kami dan bincang, bagi tahu elok-elok jika UMNO Selangor tiada wang. Kita tiada masalah. Jangan buat kami tiada harga diri, " demikian kata salah seorang daripada yang dipecat di sebuah kedai kopi di Shah Alam beberapa bulan lalu.


Kolonel dan dua pembantunya menerima bayaran gaji tidak sampai RM 3k sebulan setiap seorang bagi menjaga kem tersebut. Merekalah pentadbir kem, tukang kebun dan tukang tukar lampu. Jika ada kursus UMNO mereka jugalah yang menjadi pelatihnya.

Tapi NO peduli ape! Dia sudah ada kuasa inilah masanya tunjuk lagak.

Betulkah UMNO Selangor sudah papa kedana? Betulkah NO tiada wang? Betulkah Datuk Najib tak boleh cari peruntukan untuk UMNO Selangor?

Noh Omar tak nampak miskin pun. Setiausaha Politiknya, dato' Shafie lagi hebat dengan kedai Save More.

Lepas tu baru terbongkar dan pecah lubang, IBBM dibagi pada Dato Hanafi Kuala Selangor untuk diuruskan. Dato hanafi ini ada kem sendiri jadi mungkin sendiri tak boleh laku, maka NO bagi kem UMNO. Kos penyelenggaraan kem UMNO boleh turut digunakan untuk selenggara kem milik sendiri.

Kalau nak bagi koroni pun janganlah buat askar pencen tu macam anjing. tak bolehkan guna kepale otak pangil cakap elok-elok dan bagi pampasan sewajarnya? Kalau bagi pampasan tiga empat bulan pun tak jadi papa kedana NO ini. Kos facial NO pun lagi mahal dari gaji mereka.

Ini jenis Melayu nak tolong Melayu Selangor? Khiaaq Tuih!

Kalau kata cerita ini bohong boleh tanya Salamon Salamat, Khir Toyo dan Ahmad Nawawi. kalau ikut maklumat Kolonel Alias dah jumpa semua mereka ini mengadu hal ini. Tapi dasar bacul tak ada siapa berani maklumkan kepada PM. Kuat sangatkah NO ni?

15 comments:

  1. Kah kah kah Noh Omar memang NO la. satu lagi satim Diman tu memang hampas. Kerja main golf saja.

    Tak cukup padang Golf di Malaysia pi medan la pulak. Kat medan padang golf apa tak tau la. Takut padang golf lain saja. Tak caya suruh Satim Demon tu tunjuk passport dia.

    ReplyDelete
  2. pemimpin umno memang gila... gila lubang

    ReplyDelete
  3. kepala hotak hangpa. semua orang tak betoi... khalid ibrahim bayar berapa blog ni untuk pecahkan UMNO Selangor?

    ReplyDelete
  4. Komeng..uncle rasa ini bukan dari khalid ibrahim..ini dari orang2 dalam umno selangor yang gila jawatan dan nak khir toyo kembali...bagi uncle menda tuh mengarut..khir toyo tuh dah jahanamkan umno selangor...takkan PM nak ambik balik..Pendekar Mustar nie pun diupah oleh orang2 yg gila kuasa tuhh...

    Kolonel tuh dah keluar selepas raya bukan 3 minggu sebelum raya..tak caya tanya kolonel tuh..dia yang akui sendiri Noh Omar yang tolong selesaikan masalah IBBM nie..Kem IBBM tuh kalau sapa berminat nak uruskan, uncle rasa diaorg boleh memohon dgn UMNO Selangor...tak nampak ada prob pun..

    ReplyDelete
  5. Udahlah Pendekar Mustar... Ana tahu sapa kamu... Kamu tak yah nak merapu mengata kat orang... Nanti kamu kena malu depan orang baru kamu nak sedar ke? Kamu sepatutnya membantu bukannya buat artikel fitnah macam ni... Kamu kecewa ke bila proposal kamu tu ditolak... Ana boleh dedahkan identiti kamu tu... IP kamu kamu pun ada...
    ish! memalukan sungguhlah kamu ni...
    _ _ _ _ N

    ReplyDelete
  6. anon February 19, 2010 7:44 AM,

    Yes its right. I've paid by Khir Toyo RM 4k per month. But how much NO pay u? RM 2k per month? anyway, i'm always welcome any article regarding Khir Toyo's scandals.

    You should as that Kol why he talk other way in shah alam, around november last year.

    and its true or not, know IBBM manage by Dato Hanafi Kuala Selangor? How much UMNO Selangor pay him? Or how big projects he get from MOA?

    Anonymous said... February 21, 2010 3:32 AM,

    You want do disclosed my ip? So what? Newcomer in internet try to please NO. puke! watch out ur website... very slow, lazy and illogic article with unethical graphic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah masalah utama umno...asyik bergaduh sesama sendiri..memalukan

      Delete
  7. apalah si pendekar mustar nii...english pun beteraboo..mcmmana khir toyol boleh ambik budak ingusan jadi belaci dia arrr??.

    ReplyDelete
  8. melayu kapiaq dr pkr saja.tok sah dok kelentong org la bodoh punya paid blogger,.berapa khalid ibrahim bayaq hang?

    ReplyDelete
  9. fuhhh..speaking mcm sial je pendekar mustar nie..wat malu orang melayu je kalu bercakap english mcm nie.."Newcomer in internet try to please NO"...apa maksud nie bro...try to please Noh Omar atau try to help Noh Omar..hahahaha..nasib baik tak jadi cikgu..kalu tak jahanam anak murid...hahahaha..cuba lagi..camner pun...cubaan yg menarik utk pelbagaikan bahasa walaupun mcm budak tadika

    ReplyDelete
  10. Tak kira siapa buat blog ini, pada saya masalah ini perlu diselesaikan. Jika para pemimpin duduk berdiam diri maka rakyat akan percaya segala tomahan. Harap umno selangor terutama YB Dato Noh ambik perhatian

    ReplyDelete
  11. Yoep perak, macamana NO nak beri perhatian kepada pekara berbangkit. Masa beliau sendiri pun tak cukup untuk belek dan belai isteri muda.

    ReplyDelete
  12. Saya sokong ape yang tuan punye boleh ini tulis.

    Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "pena lebih tajam daripada mata pedang".


    salam ziarah,

    "koleksi gambar melayu cun"
    http://www.gadismelayuboleh.com

    ReplyDelete
  13. aku tetap sokong umno....tanpa umno kedai toto,kuda dan magnum akan tutup...jangan undi pas dan pkr

    ReplyDelete
  14. giler mu nie, goyak gapo

    ReplyDelete