Wednesday, February 17, 2010

UMNO Selangor Tiga Nahkoda?

Selain Terengganu yang berpecah belah, UMNO Selangor juga sedang menjurus ke arah itu. Sama seperti Terengganu, Selangor juga mempunyai pemimpin puaka yang sedang mengatur strategi untuk menjadi Menteri Besar atau sekurang-kurangnya menjadi boss UMNO Selangor.

Akibatnya UMNO Selangor ada tiga Nahkoda sekarang dan empat pasukan.

Nahkoda 1: Puaka Noh bin Omar

Puaka paling besar tentulah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor merangkap Menteri Pertanian, Dato' Noh Omar. Beberapa bulan setelah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan, beliau menghantar konco-konconya untuk memberi tahu orang Khir Toyo, bahawa sekarang Khir Toyo bukan lagi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Puncanya apabila dalam mesyuarat Perhubungan UMNO Selangor, Khir toyo dilihat banyak memberi pandangan yang mendapat reaksi positif.

Noh Omar sibuk mengumpul saki baki orang Mat Taib untuk dijadikan orangnya. Orang yang telah kalah dalam pemilihan bahagian yang lalu seperti Daud tarihep dan Datuk Hanafi sedang diberi pelbagai kemudahan dan projek.

Tidak cukup itu, Noh Omar berjumpa Presiden UMNO meminta agar diubah "kebiasaan" (precedent case) bahawa Timbalan Ketua UMNO Bahagian akan memangku jawatan Ketua Bahagian jika Ketua Bahagian digantung jawatan atau bermasalah.

Sekarang Noh Omar mahu Pengurusan UMNO Pusat beri kuasa kepada Pengurusan UMNO Negeri tentukan siapa pangku jawatan Ketua UMNO Bahagian yang kosong. Datuk Najib setuju, lalu arahkan Tan Sri Muhyiddin selaku Pengerusi Pengurusan UMNO "endorsed" permintaan Noh Omar.

Noh Omar pun melantik dirinya sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam. Ini berikutan ketuanya, YB Rahman Bakri sedang menghadapi perbicaraan rasuah.

Mengapa Noh Omar yang bini tiga dan sibuk dengan Kementerian Pertanian mahu memangku Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam?

Puncanya hanya kerana Timbalan Ketua Bahagian, Dato Warno Dogol dilihat lebih rapat dengan Khir Toyo berbanding dengan beliau. Dato' Noh telah cop Warno orang Khir Toyo, kalau pangku jawatan Ketua Bahagian akan bertambah lagi suara Khir Toyo dalam Perhubungan UMNO Negeri.

Sekarang Noh juga mahu memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Pandan, berikutan Ketua UMNO Bahagian, Ghani, turut berhadapan perbicaraan rasuah di Mahkamah. Timb Ketua UMNO Bahagian bukan orang Khir Toyo, tapi selalu berjumpa Khir Toyo.

Noh tidak berpuas hati dan mahu ambil alih. Tapi sebab utama ialah beliau mahu beri semula pengaruh kepada bekas Ketua UMNO Bahagian yang bernama Md Aris Yussof yang kalah dalam pemilihan lalu akibat skandalnya dengan Puteri Bahagian.

Inilah perangai Noh Omar yang selayaknya dipanggil puaka UMNO Selangor. Banyak lagi akan dibongkarkan mengenai menteri paling korup sekarang ini tetapi juga paling selamat. Dulu jilat Pak Lah dan merayu agar Pak lah jangan letak jawatan. Sekarang puji najib kutuk Pak lah.

Nahkoda Kedua: Khir Toyo

Khir Toyo mempunyai sekurang-kurangnya 10 Ketua UMNO Bahagian yang bersamanya. Antaranya Shukor Idrus (Selayang), Amiruddin Sutero (Kuala Selangor), Ismail Kijo (Ampang), Sulaiman Karli (Kuala Langat), Maslynoor (Klang), KJ - Kamaruddin Johari (Kota Raja), Johan Aziz (Hulu Langat), Busro (Subang) dan beberapa nama lagi yang tidak perlu disebutkan buat masa ini.

Jadi perhatikanlah ketua -ketua bahagian ini bukan sahaja menghadapi masalah mendapat bantuan Noh, malah Noh sudah pelan untuk jatuhkan mereka nanti.

Tindakan orang-orang Noh bercakap beberapa perkara tidak benar mengenai Khir Toyo termasuk kononya Khir tidak meninggalkan duit untuk UMNO Selangor menimbulkan kemarahan kumpulan. Kumpulan ini dikatakan menemui khir untuk mendapat penjelasan.

Mereka kemudiannya marah kepada Noh apabila khir menunjukkan bukti berapa juta wang yang ditinggalkan beliau dalam akaun UMNO Selangor sebelum diambil alih oleh Mat taib. Mereka juga marah kerana Noh dalam Pengurusan UMNO sebelum ini tahu apa yang berlaku.

Kemarahan kumpulan iju dikatakan berpunca daripada sikap noh yang berpilih-pilih dalam memberi peruntukan program. Mereka hanya menunggu masa untuk "memberontak".

Nahkoda Ketiga : Satim Diman

Waduh bukan main belagak sekali jawa Puchong ini. Maaf bukan mahu jadi isu etknik pulak. Menang dengan majoriti 43 undi sahaja tapi sudah sibuk hendak jadi Menteri Besar. Melobi bukan main untuk jadi Setiausaha UMNO Selangor biarpun cakap-cakap awal ramai yang mengatakan Nawawi (Shah Alam) akan dilantik.

Macam mana Datuk Najib boleh lantik kaki gila golf ni jadi Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor. Lingkup UMNO kalau begini caranya. awasan tak terjaga, lagi nak jaga UMNO Selangor. Hari-hari main golf. Satu Selangor tahu, Satim gila golf. Kawasan tak terjaga.

Sekarang merata tempat dok kutuk Khir Toyo dengan Noh Omar. Pernah beliau bercakap dengan pemberita, mengapa masih tanya Khir Toyo sedangkan Khir Toyolah punca Selangor kalah.

Malangnya wartawan senior tersebut membalas balik, "habis nak tanya sapa? Datuk asyik kat padang golf saja. dah tu komen ntah apa-apa tak ada fakta langsung."

Sikap menyombong satim juga sudah terkenal. Kalau surat khabar kecil macam Sinar harian atau Portal internet, minta maaflah nak komen. Sejak kena belasah dengan Sinar Harian barulah dia bagi kenyataan kepada akhbar tersebut.

Satim ni tak ada penyokong di kalangan ketua bahagian. Jenis nahkoda tak ada juak. Nahkoda dari atas sebab selalu main golf dengan datuk najib.

Warlord

Selain tiga nahkoda ini Selangor ramai Warlord macam Zin Badak (sepang) , Karim Mansor (Sepang / bekas Setpol Khir Toyo), Nawawi (Shah Alam) dan Datuk Idris Abu Bakar (Hulu Selangor). Ini jenis tak makan saman.

Baru-baru ni Datuk Idris sudah balun Noh Omar kerana hendak bawa program Juara Rakyat ke Tanjong Karang.

"Asyik2 Tanjong karang. Apa tanjong karang saja ker nak menang dalam pilihan raya akan datang."

Terkedu dato Noh dan terus buat program tersebut di Hulu Selangor.

Di kalangan Warlord ini lebih berkaliber untuk jadi calon Menteri Besar berbanding Satim dengan Noh. Ahmad Nawawi dan Karim Mansor dikatakan antara nama yang akan diangkat menjadi MB jika BN menang nanti.

Kesimpulan

Nahkoda atau Warlord biasalalah dalam parti politik. Tapi kalau Nahkoda dah nak jadi puaka tak ada cara lain kecuali kena lingkupkan puaka ni terutamanya yang bernama Noh bin Omar.

Nota Ibu Jari:

Terus layari blog ini setiap minggu untuk mengetahui kedajalan Puaka Noh Omar. Antaranya:

1. mengapa MECD ditutup Najib,

2. Komander Kem UMNO Selangor dipecat macam anjing

3. cerita di sebalik Subsidi Beras bersama kedai Save More.

11 comments:

  1. Kalau macam nilah politik umno selangor habis lingkup semuanya. kalah dalam gelanggang sendiri. Memang semuanya puaka atau lebih tepat hantu jembalang

    ReplyDelete
  2. Bagus ler ko punya cerita Pendekar Mustar..tetapi aku rasa ko nie jenis orang yang tak tau sejarah dalam umno selangor...walaupun aku bukan orang noh omar..khir toyo ataupun satim diman sekalipun..aku adalah orang umno selangor dari dulu sampai sekarang..dah nak pencen pun...ko pun patut pencen dahh

    Untuk pengetahuan ko, Noh Omar tuh kalau nak tendang Khir Toyo tak perlu masa sekarang..skg khir toyo tuh dah lingkup..merosakkan umno selangor sampai kalah PRU...Noh Omar lah yang bawak masuk Khir Toyo tuh dalam politik di Tanjung Karang walaupun mendapat tentang daripada UMNO Bahagian Tg Karang...tetapi Noh Omar tetap bawak masuk Khir Toyo..kenapa? ko fikir ler sendiri..jangan wat citer bodoh memalukan orang..

    Khir Toyo dilantik jadi MB masa tuh jawatan dia cuma Naib Ketua Pemuda Bahagian UMNO Tg Karang dan dia tau dia tak mendapat sokongan daripada UMNO Bahagian dan Noh Omar masa tuh jadi Setiausaha Parlimen menyokong perlantikan Khir Toyo..Jadi tak ada sebab utk Noh Omar nak tendang Khir Toyo..kalu dia nak tendang Khir Toyo dari dulu dia dah boleh buat..

    Bila ada persempadan semula UMNO Bahagian, Khir Toyo lari ke Sg Burung kerana dia tau dia tak ada sokongan di Tg Karang..aku tak nampak ada sebab Noh Omar nak takut ataupun dengki dgn Khir Toyo..

    Berkenaan Pemangku Ketua Bahagian Sabak Bernam..aku nak bgtau ko yang jawatan PEMANGKU itu adalah mengikut perlembagaan UMNO.Lain kali baca perlembagaan baru nak buat cerita tak tentu pasal..Noh Omar diarahkan oleh MT supaya memangku jawatan tersebut sampai Dato Rahman selesai dibicarakan..Kalau ko nak tau...Noh Omar tuh dah kenal dgn Warno Dogol tuh sebelum Khir Toyo wujud dalam UMNO Sgor lagi..tak ada masalah utk Noh Omar lantik Warno Dogol mentadbir UMNO Bahagian..masing2 dah tau cara keje masing2..

    Isu UMNO Pandan nie kalau tak tau citer..jangan buat cerita bro...wat malu ko punya sponsor jer..UMNO Pandan nie..Timbalan Ketua Bahagian, Si Mejar tuh letak jawatan sbg Timbalan Ketua Bahagian dan juga Penyelaras DUN Cempaka..jadi arahan dari MT dan juga permintaan UMNO Bahagian Pandan supaya UMNO Selangor take over..jadi sebagai Timbalan Pengerusi, Noh Omar kene buat kerja atas kapasiti dia sebagai Timbalan Pengerusi..Md Aris tuh masih tak puas hati Ghani kalahkan dia kerana Ghani ialah orang yang bekerja kuat dan sebab itu Noh Omar lantik dia menjadi Penyelaras Dun Cempaka.. Md Aris tuh tau nak membontot Puteri Bahagian saja..dia masih rasa yang dia masih laku dalam UMNO Pandan..Noh Omar juga dah buat perjumpaan dgn 4 peringkat UMNO Pandan dan berdialog dgn mereka...tak ada pun yang membantah perlantikan Ghani kecuali Si Aris ni saja..bagi aku Noh Omar dah buat tindakan yang betul..kalau ada yang tak setuju sama dengan Md Aris..mesti masa dialog dah ada yg membangkang..tapi tak ada pun..

    Gini ler Pendekar Mustar..jangan percaya bulat2 cakap2 orang yang nak lawan bos sendiri utk jadi calon..takkan ler Satim pun nak tibai..aku tau sapa disebalik blog nie..aku dah lama dalam UMNO Selangor tuh..info2 mengarut macam nie aku tau sapa informer ko..jangan nak pecah belahkan UMNO Selangor..

    ReplyDelete
  3. sebelum terlupa...kalau ada orang2 noh omar yang baca reply uncle kt atas tuh...uncle tak mintak apa2..jauh sekali nak bodek..uncle cuma nak noh omar,khir toyo dan satim bekerja sekali utk rakyat selangor..selangor dah nak jahanam sekarang..rakyat dah menderita..

    ReplyDelete
  4. keh, keh keh apa ko mengarut oiii tukang komen yang nombor dua tu?

    Noh Omar bawak masuk Khir Toyo ke tanjung karang? Noh Omarlah yang halang kemasukan Khir Toyo ke Tanjung karang. terpaksa khir toyo mausk ahli UMNO kat bukit gantang. hahaahah memang patut ko pencen pun.

    Khir Toyo jadi MB waktu jadi Naib Ketua Pemuda Tanjung Karang? keh keh keh satu lagi pembohongan maksima. Semua orang tahu Khir Toyo menang Ketua Pemuda Tanjung Karang lawan haji Bam, peg Khas MB... kem Noh Omar dan Aini Taib waktu tu. hahahah lawaknya

    aku rasa memang patut Khir Toyo resign saja. Menyemak parti UMNO sahaja. NO pun sama menyemak. Elok dua-dua bersara.

    Perlembagaan apa? Semua orang tahu bila Ketua bhgn, Pemuda, Puteri atau wanita bermasalah - digantung tugas, atau hilang jawatan maka Timbalan atau Naib memangku.

    heheh tapi apa pun penulis blog ini dengan kaki komen pembela Noh Omar kat atas ni sama saja. hahahaha hampas-hampas UMNO selangor.

    UMNO selangor perlukan pemimpin baru yang bersih.

    ReplyDelete
  5. cerita tahyul dr blogger bodoh

    ReplyDelete
  6. apa ke bangang blog nie..citer bodoh2 yang keluar..kasi bukti sikit le bro..baru sedap baca..setakat text jer..tak menarik nak baca..entah ya entah tidak...kasi up dokumen ke..gambar ke..baru real..baru nama blogger..

    ReplyDelete
  7. Selama No jadi timbalan Pengerusi UMNO Selangor apa program yang dia bantu untuk bahagian2 lain. Dia hanya sebuk makan angin saja. Hantar balaci buruk-burukkan ketua bahagian yang tak serasi dengan serasai dengan dia. Tukang karut dia ada di kebanyakkan bahagian UMNO. Kerja lain tak ada hanya cari peluang untuk menambahkan kekayaan saja. Adik beliau sendiri semakin kaya raya, beli rumah banglo pakai nama adik beradik takut sprm siasat. Harap SPRM siasat keluarga NO yang makin bertambah kekayaan diluar kemampuan.

    Khir Toyo, 8 tahun jadi MB makan keliling. Sorok lah harta yang kau curi, lambat laun akan terbokngakr juga.

    Satim diman, masa BN perintah habis semua projek kelas F disapunya. Boleh semak dengan MPSJ untuk dapat maklumat. Perbuatan beliau dibantu oleh seorang lagi puaka kecil bernama Radin Mokhtar, Radin juga amat rakus dan bila BN kalah rumahnya mengalahkan rumah Khir toyo. Inilah perngai pemimpin puaka yang menerajui umno selangor. Serupa gampang

    ReplyDelete
  8. apa anon je yang komen..mana pendekar mustar...

    ReplyDelete
  9. pendekar mustar dah terkincit lari. lain kali jangan main fitnah saja

    ReplyDelete
  10. Cilako Cilako Cilako
    Anak-anak gampang umno semua mati terlentang bila bapak gampang umno kenyang perut kelantai,muntah keluar ikut telinga

    Nampaknya pru13 nanti sekali umno kena nyayi lagi mesir,,kah kah kah

    ReplyDelete
  11. anonymous ni keturunan komunis abad ke21,sepupu ngan chin peng,,,,,,,kah kah kah kah,,,,manusia x tau diuntung!!!!!!hahahahaahaha

    ReplyDelete